Saturday 27 August 2011

Persediaan ke Final Camp - Backpack

Persediaan ke Final Camp kali nie bertempat di Chenderoh,Perak..Tempatnya dikelilingi dengan air..Kami nie umpama idup di pulau yg gersang lagi takda apa..buah kelapa pun dah tua..maunya jatuh atas kepala aduh..benjol gak tue.. Apa-apa pun aku disini nak ceritakan sikit bagaimana aku wat persediaan ke atas begpack aku nie..padat tue tak dapat digambarkan sebab gambar dalam beg aku terlupa nak snap..haduh..nak wat cmna kan.. Selalunya peralatan dan keperluan ni biasanya berkait rapat dengan program dan aktiviti yang akan dijalankan ataupun tempat yang kita nak pergi tu contohnya pulau,bukit,gunung,gua dan lln.Mula-mula aku sediakan satu senarai semakan untuk memastikan barang-barang atau peralatan-peralatan dibawa dengan sempurna dan mencukupi...kalau sedikit barang semakin ringan la beg kita..so aku pun bawa secukup rasa..nak kata sedikit tu tak juga sebab berat juga..Inilah senarai yang telah aku wat...


Tak berapa nak jelas la pulak...tak apa aku akan taip satu-satu..
  1. Pakaian yang secukupnya.
  2. Pakaian dalam
  3. Sejadah
  4. Kain sarung
  5. Khemah
  6. Ponco
  7. Sleeping bag
  8. Bantal
  9. Tilam nipis
  10. Selimut
  11. Pisau/parang
  12. Benang dan jarum
  13. Lampu suluh
  14. Wisel
  15. Kompas
  16. Bekas air
  17. Sudu dan Garfu
  18. Pinggan dan cawan
  19. Wang belanja
  20. Tali
  21. Tali rafia
  22. Pen dan buku nota
  23. Kamera
  24. Selipar
  25. Kasut/but
  26. Kotak bantu mula
  27. Pemetik api/mancis
  28. Messtin
  29. Dapur lilin
  30. Ubat nyamuk
  31. Lilin
  32. Sabun berubat
  33. Berus dan ubat gigi
  34. Sikat
  35. Pembuka tin
  36. Bekalan makanan (beras,garam,biskut,roti,gula,teh,minyak,makanan dalam tin dan lain2
  37. Dapur gas kecil
  38. Beg plastik
  39. Sarung tangan
  40. Tuala mandi
  41. Sarung kaki 
  42. Jaket
  43. Baju hujan

Setelah diamati rupanya banyak juga yang aku bawa ek..patut la penat badan membawanya..sampai sakit pinggang aku.. Oleh yang sedemikian ini lah antaranya barang-barang yang aku bawa.. Beginilah persediaan backpack aku..

No comments:

Post a Comment