Sunday 28 August 2011

Persediaan ke Final Camp - Shopping





Backpack semua da siap sekarang nie cuma persiapan fizikal dan mental untuk menghadapi segala rintangan dekat sana nanti..Takda apa la sangat persiapan yang aku buat cuma makan banyak2 dan sedap2 sebab bila masuk hutan dah tahu dah apa resepinya..Resepi plak dah diberikan so..kami pun ke tesco pada malam sebelum ke Chenderoh..Malamnya kami memborong sakan..antara yang terlibat aku,mizi,k.noi,syidah,amir dan fahrul..banyak btol barang yang dibeli..hampir 2 troli..megi xdapat aku lupakan..antara menu yang paling sedap sewaktu dalam hutan..megi goreng plak tue..fuhh...Selepas shopping kami ke kedai upin dan ipin berdekatan dengan tesco untuk makan2..masing2 dah lapar..Hampir 2jam juga la membeli dan mengisi perut... Setibanya kami di umah amir..aku memulakan kerja2 menyiapkan beg dan barang2 yang nak dibawa kesana..Setelah semua barang dikemas aku dan kawan2 yang lain bersiap untuk tido..bye2..ZZzzzzzzzzzzzz

Saturday 27 August 2011

Persediaan ke Final Camp - Backpack

Persediaan ke Final Camp kali nie bertempat di Chenderoh,Perak..Tempatnya dikelilingi dengan air..Kami nie umpama idup di pulau yg gersang lagi takda apa..buah kelapa pun dah tua..maunya jatuh atas kepala aduh..benjol gak tue.. Apa-apa pun aku disini nak ceritakan sikit bagaimana aku wat persediaan ke atas begpack aku nie..padat tue tak dapat digambarkan sebab gambar dalam beg aku terlupa nak snap..haduh..nak wat cmna kan.. Selalunya peralatan dan keperluan ni biasanya berkait rapat dengan program dan aktiviti yang akan dijalankan ataupun tempat yang kita nak pergi tu contohnya pulau,bukit,gunung,gua dan lln.Mula-mula aku sediakan satu senarai semakan untuk memastikan barang-barang atau peralatan-peralatan dibawa dengan sempurna dan mencukupi...kalau sedikit barang semakin ringan la beg kita..so aku pun bawa secukup rasa..nak kata sedikit tu tak juga sebab berat juga..Inilah senarai yang telah aku wat...


Tak berapa nak jelas la pulak...tak apa aku akan taip satu-satu..
  1. Pakaian yang secukupnya.
  2. Pakaian dalam
  3. Sejadah
  4. Kain sarung
  5. Khemah
  6. Ponco
  7. Sleeping bag
  8. Bantal
  9. Tilam nipis
  10. Selimut
  11. Pisau/parang
  12. Benang dan jarum
  13. Lampu suluh
  14. Wisel
  15. Kompas
  16. Bekas air
  17. Sudu dan Garfu
  18. Pinggan dan cawan
  19. Wang belanja
  20. Tali
  21. Tali rafia
  22. Pen dan buku nota
  23. Kamera
  24. Selipar
  25. Kasut/but
  26. Kotak bantu mula
  27. Pemetik api/mancis
  28. Messtin
  29. Dapur lilin
  30. Ubat nyamuk
  31. Lilin
  32. Sabun berubat
  33. Berus dan ubat gigi
  34. Sikat
  35. Pembuka tin
  36. Bekalan makanan (beras,garam,biskut,roti,gula,teh,minyak,makanan dalam tin dan lain2
  37. Dapur gas kecil
  38. Beg plastik
  39. Sarung tangan
  40. Tuala mandi
  41. Sarung kaki 
  42. Jaket
  43. Baju hujan

Setelah diamati rupanya banyak juga yang aku bawa ek..patut la penat badan membawanya..sampai sakit pinggang aku.. Oleh yang sedemikian ini lah antaranya barang-barang yang aku bawa.. Beginilah persediaan backpack aku..

Definition Outdoor Recreation


  • Outdoor recreation is organized free time activities that are participated in their own sake and where there is an interaction between the participant and an element nature. (Ibrahim and Cordes 1986)
  • Outdoor recreation is a type of human experience based on intrinsically reward engagement in outdoor settings during nonobligated time (Driver et al..1987) 

Saturday 6 August 2011

Kursus Rekreasi Tahap Satu yang tak 'jadi'

Pada waktu itu aku masih ingat lagi sewaktu kawan-kawan aku sibuk pergi kursus anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Perlis aku pun sibuk juga..nak join..rupanya mereka pergi kursus Rekreasi Tahap 1..dan aku yang serba tidak tahu nie pun ikut lah sekali..bermulanya dari mengemas barang sampai la pendaftaran

Pada jam 8.30pagi semuanya berkumpul di perkarangan jabatan..masing-masing dengan muka yang gembira dan puas (dapat jalan-jalan la katakan).Selepas bas sampai masing mengambil tempat dan bas memulakan perjalanan ke Port Dickson dengan masa lebih kurang 5 - 6 jam..
Setibanya kami disana..kami disambut dengan penuh senyuman. Setelah diberikan cadar dan sarung bantal kami dibawa ke asrama yang bakal kami tidur selama seminggu kami disana. Sampainya di asrama tak dapat aku gambarkan betapa selesanya dapat tidur diatas tilam yang empuk nak dibandingkan tidur di dalam khemah cuma berlapikkan kain pelekat aja. Sesudah siap mengemas dan mandi kami dipanggil untuk diberi taklimat oleh fasilitator yang mengendalikan kami sepanjang kursus ini..Setibanya di dewan bersama rakan-rakan..Aku sedang melihat suasana yang agak kurang selesa dimataku ini..ada kumpulan-kumpulan yang lain dimarahi oleh pegawai mereka kerana mereka datang lambat ke dewan. Nasib kami baik kerana pegawai kami belum sampai dan kami disuruh duduk bersama kumpulan masing-masing..syukur allhamdulillah. Setelah sesi suai kenal dan taklimat oleh fasilitator-fasilitator barulah aku tahu bahawa salah seorang dari mereka ialah bekas komando askar..aduh..penat juga mata aku melihatnya..dalam hati nie sudah tidak senang duduk aku dibuatnya.. Macam nak balik saja.. Tetapi aku tabahkan juga hati ini takut ditertawa oleh rakan-rakan aku nanti. Sedang aku asyik melayan kerenah fikiranku ini aku dikejutkan dengan laungan azan menandakan masuknya waktu asar..masing-masing bergerak ke surau. Selepas semuanya selesai kami ke bilik untuk rehat kerana kami dimaklumkan bahawa petang ini tiada aktiviti.Jam menunjukkan 7.30pm dan menandakan hampir masuknya waktu maghrib. Seperti biasa kami bersiap-siap untuk kesurau sebab selepas itu kami dimaklumkan bahawa malam ini ada aktiviti.
Lebih kurang jam 9.00malam kami sudah bersedia diperkarangan tempat berkumpul untuk diberi taklimat ringkas tentang aktiviti yang bakal kami lakukan. Sungguh aku tidak menjangka kan kami akan dibawa ke dalam hutan untuk membuat sesi burung hantu..aduh..aktiviti inilah yang aku paling fobia..dah la takut dengan hantu la, binatang buas la,macam-macam lagi di fikiranku ini.. Kami semua beratur dan masing-masing berpecah mengikut kumpulan masing-masing.. Salah seorang daripada kami membaca doa..amin. Sesudah itu  kami pun memulakan perjalanan ke sana..hutan simpan itu dekat saja cuma bersebelahan dengan tempat kami tinggal..tetapi hanya Tuhan aja yang tau betapa gelapnya di dalam sana dan begitu tinggi pokok-pokok hijau ciptaan Tuhan. Masing-masing memegang tangan  membuat rantaian yang panjang..aku berada di tengah-tengah..lebih kurang 500meter bergerak memasuki hutan aku terdengar suara perempuan berteriak kecil..naik bulu roma aku..dan pegangan tangan antara kami dipegang erat..ada yang sudah menggelabah..ada yang nak lari..aku semakin panik..jelas sekali muka-muka ketakutan yang disuluh oleh cahaya bulan yang menyelinap antara pokok-pokok..pegawai bertugas meminta kami bertenang dan berdiam diri..sentiasa bersama rakan..jangan berpecah..namun pun begitu..kerisauan gambar jelas kelihatan diwajahku dan rakan-rakan yang lain..setelah hampir 20minit kami diberitahu bahawa rakan kami terpijak semut besar atau pun dikenali sebagai kongkiak (panggilan orang utara) aku tak pasti orang selatan panggil apa..lega hati ini setelah mendapat berita yang sedemikian..setelah itu kami meneruskan perjalanan ke tengah hutan..boleh tahan panasnya..berpeluh-peluh aku dibuatnya..sampainya di destinasi yang dituju..kami dipaksa berpecah dari kumpulan..seorang demi seorang..Wow..aku terkedu mendengar arahan yang sedemikian..pucat lesi muka aku..nasib lah gelap tak nampak la sangat aku yang takut ni..rupanya kami akan ditinggalkan seorang demi seorang sejauh 5meter..jauh juga tue bagi beginner macam aku nie..dah la penakut.


Rekreasi di alam kanak-kanak & remaja..

Sungguh tak disangka kan rupanya semua insan di muka bumi ini samaada sedar atupun tidak dia telah melakukan aktiviti ini..contohnya berbasikal,meredah hutan(mencari ikan laga),mendaki bukit,berenang,snorkeling lain-lain lagi.

berbasikal 


berenang