Saturday 6 August 2011

Kursus Rekreasi Tahap Satu yang tak 'jadi'

Pada waktu itu aku masih ingat lagi sewaktu kawan-kawan aku sibuk pergi kursus anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Perlis aku pun sibuk juga..nak join..rupanya mereka pergi kursus Rekreasi Tahap 1..dan aku yang serba tidak tahu nie pun ikut lah sekali..bermulanya dari mengemas barang sampai la pendaftaran

Pada jam 8.30pagi semuanya berkumpul di perkarangan jabatan..masing-masing dengan muka yang gembira dan puas (dapat jalan-jalan la katakan).Selepas bas sampai masing mengambil tempat dan bas memulakan perjalanan ke Port Dickson dengan masa lebih kurang 5 - 6 jam..
Setibanya kami disana..kami disambut dengan penuh senyuman. Setelah diberikan cadar dan sarung bantal kami dibawa ke asrama yang bakal kami tidur selama seminggu kami disana. Sampainya di asrama tak dapat aku gambarkan betapa selesanya dapat tidur diatas tilam yang empuk nak dibandingkan tidur di dalam khemah cuma berlapikkan kain pelekat aja. Sesudah siap mengemas dan mandi kami dipanggil untuk diberi taklimat oleh fasilitator yang mengendalikan kami sepanjang kursus ini..Setibanya di dewan bersama rakan-rakan..Aku sedang melihat suasana yang agak kurang selesa dimataku ini..ada kumpulan-kumpulan yang lain dimarahi oleh pegawai mereka kerana mereka datang lambat ke dewan. Nasib kami baik kerana pegawai kami belum sampai dan kami disuruh duduk bersama kumpulan masing-masing..syukur allhamdulillah. Setelah sesi suai kenal dan taklimat oleh fasilitator-fasilitator barulah aku tahu bahawa salah seorang dari mereka ialah bekas komando askar..aduh..penat juga mata aku melihatnya..dalam hati nie sudah tidak senang duduk aku dibuatnya.. Macam nak balik saja.. Tetapi aku tabahkan juga hati ini takut ditertawa oleh rakan-rakan aku nanti. Sedang aku asyik melayan kerenah fikiranku ini aku dikejutkan dengan laungan azan menandakan masuknya waktu asar..masing-masing bergerak ke surau. Selepas semuanya selesai kami ke bilik untuk rehat kerana kami dimaklumkan bahawa petang ini tiada aktiviti.Jam menunjukkan 7.30pm dan menandakan hampir masuknya waktu maghrib. Seperti biasa kami bersiap-siap untuk kesurau sebab selepas itu kami dimaklumkan bahawa malam ini ada aktiviti.
Lebih kurang jam 9.00malam kami sudah bersedia diperkarangan tempat berkumpul untuk diberi taklimat ringkas tentang aktiviti yang bakal kami lakukan. Sungguh aku tidak menjangka kan kami akan dibawa ke dalam hutan untuk membuat sesi burung hantu..aduh..aktiviti inilah yang aku paling fobia..dah la takut dengan hantu la, binatang buas la,macam-macam lagi di fikiranku ini.. Kami semua beratur dan masing-masing berpecah mengikut kumpulan masing-masing.. Salah seorang daripada kami membaca doa..amin. Sesudah itu  kami pun memulakan perjalanan ke sana..hutan simpan itu dekat saja cuma bersebelahan dengan tempat kami tinggal..tetapi hanya Tuhan aja yang tau betapa gelapnya di dalam sana dan begitu tinggi pokok-pokok hijau ciptaan Tuhan. Masing-masing memegang tangan  membuat rantaian yang panjang..aku berada di tengah-tengah..lebih kurang 500meter bergerak memasuki hutan aku terdengar suara perempuan berteriak kecil..naik bulu roma aku..dan pegangan tangan antara kami dipegang erat..ada yang sudah menggelabah..ada yang nak lari..aku semakin panik..jelas sekali muka-muka ketakutan yang disuluh oleh cahaya bulan yang menyelinap antara pokok-pokok..pegawai bertugas meminta kami bertenang dan berdiam diri..sentiasa bersama rakan..jangan berpecah..namun pun begitu..kerisauan gambar jelas kelihatan diwajahku dan rakan-rakan yang lain..setelah hampir 20minit kami diberitahu bahawa rakan kami terpijak semut besar atau pun dikenali sebagai kongkiak (panggilan orang utara) aku tak pasti orang selatan panggil apa..lega hati ini setelah mendapat berita yang sedemikian..setelah itu kami meneruskan perjalanan ke tengah hutan..boleh tahan panasnya..berpeluh-peluh aku dibuatnya..sampainya di destinasi yang dituju..kami dipaksa berpecah dari kumpulan..seorang demi seorang..Wow..aku terkedu mendengar arahan yang sedemikian..pucat lesi muka aku..nasib lah gelap tak nampak la sangat aku yang takut ni..rupanya kami akan ditinggalkan seorang demi seorang sejauh 5meter..jauh juga tue bagi beginner macam aku nie..dah la penakut.


No comments:

Post a Comment